Rasanya semua orang tahu, amar ma'ruf nahi mungkar, yakni Ajak kepada kebaikan dan Mencegah kepada yang mungkar. Dan ! rasanya ramai yang tahu,selemah-lemah iman ialah dengan mencegah kemungkaran itu dengan hati.
Tapi berapa ramai saja yang tahu bagaimana sebetul-betulnya nak mencegah kemungkaran dengan hati ni?
Ok, maka tersebutlah kisah,hehe.. aku ber-usrah dengan abang senior masa di sekolah asrama dulu.
Elok rancak berbincangkan soal amar makruf nahi mungkar lalu dia berkata.
"Hangpa rasa dengan mengatakan hangpa benci saja kepada maksiat tu dalam hati sudah cukup?"(cukup untuk mencegah melalui hati)
Aku pon mula tertanya,almaklumlah..aku ni hanya perantau jahil,merantau mencari ilmu,
lalu aku bertanya kan dia, "habis tu macam mana,abang?"
(walaupn beza umur hanya setahun,tetap aku panggil dia abang dek kerana rasa hormat dan sayangku padanya kerana telah banyak berikan tunjuk ajar padaku walaupon dia pendiam)
katanya :
"Ada ulama' mengatakan, rasa benci kepada maksiat melalui hati tu sama seperti perasaan benci hang bilamana hang seolah-olah di ikat (tak mampu berbuat apa-apa) dan ibu/akak hang sedang diperkosa oleh lelaki lain di depan mata hang, wallahua'lam."
Dan disini,kalau kalian dapat membayangkan seperti apa yang telah abang senior aku sampaikan,mungkin perasaan benci itu ada terdetik,kan? dan itulah perasaan yang sepatutnya ada bilamana kita ingin mencegah kemungkaran melalui hati kita.
ini antara ilmu yang dapat aku kongsikan,andai ada salah silap mohon tegur dan diampunkan,
in shaa Allah, Tabarakallah !
wallahua'lam. :)

No comments:
Post a Comment