Monday, 21 July 2014

iktibar dan pengajaran. Usaha membantu saudara kita di sana.

Usaha memboikot beberapa produk Zionis-Israel mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak.

Namun, seharusnya kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim yang dibakar oleh kaumnya

Burung kecil itu mengisi air di dalam paruhnya yang kecil lalu dilepaskan ke atas api marak yang membakar Nabi Ibrahim.


Burung kecil itu tetap berulang-alik mencari air walaupun usahanya tdk langsung membuahkan hasil bagi memadamkan api itu.


Makhluk Allah yg lain bertanya; "Mengapa kamu bersusah-payah, sedangkan kamu tahu api yg besar ini tidak akan terpadam?"

Jawab burung kecil; "Walau aku tdk berdaya memadam api itu, namun aku berusaha utk menegakkan kebenaran atas kemampuanku."

Kelak di hadapan Allah, kita smua dipertanggungjawabkan dan kita telah berusaha melakukan ssuatu apabila melihat kezaliman!

Mari...

mari bertindak dan mula lakukan sesuatu; mulakan dengan sekecil-kecil perubahan dan usaha.


Jika kita tidak boleh lakukan sesuatu untuk menyumbang kepada Palestin,
Jgn pula kita menyumbang kepada musuh-musuh Islam!

#OperasiBadar

Tuesday, 24 June 2014

Sebenar-benarnya mencegah kemungkaran melalui hati

Rasanya semua orang tahu, amar ma'ruf nahi mungkar, yakni Ajak kepada kebaikan dan Mencegah kepada yang mungkar. Dan ! rasanya ramai yang tahu,selemah-lemah iman ialah dengan mencegah kemungkaran itu dengan hati.

Tapi berapa ramai saja yang tahu bagaimana sebetul-betulnya nak mencegah kemungkaran dengan hati ni?

Ok, maka tersebutlah kisah,hehe.. aku ber-usrah dengan abang senior masa di sekolah asrama dulu.
Elok rancak berbincangkan soal amar makruf nahi mungkar lalu dia berkata.

"Hangpa rasa dengan mengatakan hangpa benci saja kepada maksiat tu dalam hati sudah cukup?"(cukup untuk mencegah melalui hati)

Aku pon mula tertanya,almaklumlah..aku ni hanya perantau jahil,merantau mencari ilmu,
lalu aku bertanya kan dia, "habis tu macam mana,abang?"
(walaupn beza umur hanya setahun,tetap aku panggil dia abang dek kerana rasa hormat dan sayangku padanya kerana telah banyak berikan tunjuk ajar padaku walaupon dia pendiam)

katanya :

"Ada ulama' mengatakan, rasa benci kepada maksiat melalui hati tu sama seperti perasaan benci hang bilamana hang seolah-olah di ikat (tak mampu berbuat apa-apa) dan ibu/akak hang sedang diperkosa oleh lelaki lain di depan mata hang, wallahua'lam."



Dan disini,kalau kalian dapat membayangkan seperti apa yang telah abang senior aku sampaikan,mungkin perasaan benci itu ada terdetik,kan? dan itulah perasaan yang sepatutnya ada bilamana kita ingin mencegah kemungkaran melalui hati kita.

ini antara ilmu yang dapat aku kongsikan,andai ada salah silap mohon tegur dan diampunkan,
in shaa Allah, Tabarakallah !

wallahua'lam. :)


Saturday, 14 June 2014

Beza Rindu Dan Cinta Kita

Hamka...
saat rindukan mendiang isterinya,
dia menangis.

Kemudian,dia terus berwudhu' dan solat.
lalu bila ditanya mengapa beliau berbuat sedemikian,

jawapannya kerana, dia tidak mahu perasaan rindu dan cinta kepada isterinya itu melebihi perasaan rindu dan cinta kpd illahi.

tapi kita?
rindukan ajnabi saja,menangis seminggu
hingga kering air mata.

kononnya mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena.
haha.


Kalau masih tak nampak perbezaannya, sudah terang lagi bersuluh warna yang telah aku gunakan.
hahaha.

Astaghfirullahaladzim.

Saturday, 29 March 2014

al-Masihh Ad-Dajjal

Assalamualaikum w.b.t ,

SAATNYA DAJJAL AKAN KELUAR...

Disebutkan dalam sebuah Hadits bahwa Dajjal akan keluar ketika para Imam/Khatib tak lagi memperingatkannya di mimbar-mimbar,

Perasankah tuan2 ketika solat jumaat dalam tempoh 5-3 tahun lepas ada tak khatib berkhutbah tentang Dajjal ?

“Dajjal keluar pada saat agama mulai melemah dan ilmu agama tidak lagi digubis. Ia akan tinggal dan berjalan di bumi selama 40 hari…”dst (dikeluarkan oleh Imam Ahmad 3/367-368)

“Dajjal tidak akan muncul hingga manusia lupa mengingatnya dan hingga para Imam tidak menyebutnya lagi di atas mimbar” (Zawaid Musnad Ahmad 4/72).




[Dipetik dari petikan page PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM) ]

Friday, 28 March 2014

Mohon Doa dan Restu

Assalamualaikum wbt..

malas nak cakap pasal 'dah lama x update blog,hbs bersawang,hehuhehu' =.=" (selalunya biasalah budak2 blogger cakap gitu).

Ok, pertama kalinya, Alhamdulillah, syukur di panjatkan ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas detik ini,saat ini,minit ini,minggu ini,bulan ini, tahun ini...hahaha. *ok tak lawak*
Moga kita diberkati dan diredhaiNya, insha Allah :)

First of all,

Ok, biarlah 29 March ini menjadi saksi aku menaip post ini, buat pengetahuan umum,aku dan para sahabat yang lain bakal menduduki PSPM, bukan SPM, maaf , PSPM[Penilaian Semester Program Matrikulasi].
InsyaAllah kalau tak ada arus yang melintang, kami bakal mendudukinya pada 21 April dan tamat pada 29 April. 

 Jadi, aku mohon sangat kepada para pembaca/blogwalker yang baik hati ini mendoakan kami sekalian warga KMTPh (Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang) agar dipermudahkan segala urusan dan dapat menjawab dengan tenang,insha Allah,dan tak lupa juga diminta agar didoakan kepada warga matrik di seluruh pelusuk Malaysia :) 

Moga Allah membalas jasa kalian. 
 Terima Kasih,
 Jazakumullahu khairan kathira :D